PELAKON Mia Ahmad berkongsi perjalanan rumah tangganya bersama bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang disifatkannya sebagai tempoh penuh liku dan ujian.
Menerusi luahan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mia, 37, tidak menafikan pernah berada pada tahap hampir berputus asa ketika melalui fasa mencabar dalam tempoh hampir sembilan tahun perkahwinan mereka.

Mia Ahmad dan Izham bahagia melayari bahtera rumah tangga.
"Hampir 9 tahun kami bersama. Pernah rasa give up. Pernah rasa hopeless. Pernah rasa tak cukup buat sehabis baik, pernah rasa dah cukup buat sehabis baik tapi hati masih berbolak balik,”katanya.




