SELEPAS sebulan pulang daripada menunaikan ibadah haji, vokalis kumpulan Ungu, Pasha berkongsi rasa teruja apabila dapat menghiburkan peminat di Dewan Plenari Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu.
Pasha atau Sigit Purnomo Said, 46, mengucapkan terima kasih buat ribuan peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.
“Assalamualaikum. Perlu beri salam dulu sebab baru pulang haji dari Tanah Suci Makkah. Saya dimaklumkan jemaah haji terbaik datang dari Malaysia. Kita perlu kata tahniah jika ia benar.

Konsert 29th Annversary – Symphony of Ungu berlangsung meriah pada malam Sabtu.






