SELEPAS mengejutkan ramai dengan keputusan menarik diri daripada menyertai acara anugerah, selebriti versatil, Elly Mazlein dikhabarkan bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio Era FM.
Menurut sumber, Elly didakwa bakal mengumumkan keputusan itu dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen Carta Era 40.
"Ini bukan keputusan mudah buat Elly. Dia sangat sayangkan keluarga Era FM.

Elly memberi warna baharu dalam dunia penyiaran radio.





