TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Rojak Maznah Ke Tu, pengacara Roslan Shah menyedari akan ada pihak kurang senang dengan nyanyiannya itu.
Sedia menerima sebarang kritikan, Roslan, 51, berkata sebagai penghibur niatnya hanya mahu membuatkan peminat gembira tatkala dia menyampaikan lagu tersebut di hadapan umum.
“Tidak kisahlah orang nak cakap apa. Sebagai penghibur saya mahu hiburkan peminat. Bukan hanya menjadi pengacara, saya juga boleh menyanyi lagu ini apabila tampil di mana-mana acara.
Roslan mahu terus hiburkan peminat.