DI SEBALIK berita duka mengesahkan dirinya mempunyai masalah jantung, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh turut berkongsi khabar gembira sedang hamil dua bulan.
Menurut Fara, dia mengetahui dirinya mengandung selepas membuat imbasan X-ray ketika melakukan pemmeriksaan kesihatan ke atas dirinya baru-baru ini.
“Tak tahu nak gembira ke apa sebab sebenarnya saya baru sahaja didiagnos mempunyai masalah jantung iaitu symptom brugada tahap satu sebab kerap pengsan.

Fara sedar dirinya hamil selepas membuat imbasan x-ray.






