SELEPAS 22 tahun tidak beraksi di atas pentas berskala besar, penyanyi Ziana Zain mengumumkan bakal mengadakan konsert solo di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei tahun depan.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, berkata konsert ini merupakan buah tangan buat peminat yang sudah lama menanti persembahannya di atas pentas besar.
“Saya gembira, gementar, sedih dan bersyukur kerana penantian yang saya tunggu lama (untuk mengadakan konsert) ini Alhamdulillah termakbul juga walaupun sudah 20 tahun lebih (tidak mempunyai konsert solo).
Ziana semasa sidang media Ziana Zain Konsert 2024.