Hiburan

Selepas 15 tahun akhirnya Ziana Zain kembali bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38… “Ikutkan saya sudah malas”

BAKAL berentap bersama 29 buah lagu lain di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38), penyanyi Ziana Zain berkata dia enggan memikirkan mengenai saingan sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik menerusi lagu Waktu duet bersama Hasif Upin.

Kata Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, dia secara peribadi sudah tiada keinginan untuk menyertai pertandingan nyanyian kerana faktor usia, namun dia memilih untuk meneruskan perjuangan bagi menghargai karya dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik.

“Saya harap saya boleh nyanyi sahaja pada hari itu. Tidak fikir akan saingan. Hanya fikir pasal nyanyian dan adakah orang puas dengan nyanyian saya. Itu yang membuatkan kita (penyanyi) ke peringkat yang lain.

Ziana 1

Ziana Zain ketika ditemui media.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%