PENGACARA dan pelakon, Elly Arifin kini kembali memeriahkan dunia penyiaran radio apabila diumumkan sebagai penyampai baharu segmen Morning Morning Suria di Suria FM bergandingan bersama duo popular, Fad Bocey dan Ajak Shiro.
Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, berkata, kali terakhir dia menjadi penyampai radio adalah pada tahun 2013 dan menyifatkan tawaran diberikan Suria FM sebagai satu peluang untuk membuat kemunculan semula ke konti radio.
“Saya dipilih sebagai penyampai radio ini menerusi sesi uji bakat. Bukan senang-senang dipilih melalui kabel. Pihak Suria memberitahu nama saya terpilih sebagai senarai pendek.

Elly teruja dapat kembali semula ke konti radio.






