SELEPAS sedekad, akhirnya penantian peminat mahu menyaksikan kumpulan 5 Seconds of Summer (5SOS) beraksi di Malaysia bakal tercapai apabila mereka kembali menggegarkan Kuala Lumpur.
Konsert Everyone’s A Star! 2026 World Tour yang dibawakan oleh SAH Entertainment itu akan berlangsung di Unifi Arena KL (dahulunya dikenali sebagai Axiata Arena) pada 17 November depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment, Sufi Rashid, pemilihan 5SOS untuk kembali beraksi di Malaysia dibuat selepas menerima permintaan tinggi peminat yang membesar dengan muzik kumpulan tersebut.

5SOS kembali ke Malaysia selepas 10 tahun.





