PERKONGSIAN pelakon Ezzanie Jasny di laman Threads miliknya mengenai isu kepercayaan kepada seseorang menimbulkan tanda tanya ramai.
Menjelaskan perkara tersebut, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, memberitahu hantaran itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Menurutnya, ia sekadar perkongsian spontan untuk melihat maklum balas pengguna Threads yang lain.

Hantaran Ezzanie di Threads.






