KETIKA kisah rumah tangganya sedang menjadi perhatian, ramai yang terus ingin tahu perkembangan terbaharu isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Dilihat tenang berdepan ujian itu, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin masih sibuk dengan urusan kerja sebelum perbicaraan kes cerainya dengan Syamsul yang dijangka berlangsung pada Selasa depan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Zarina Zainuddin, kedua-dua mereka hadir bersama dalam saru sesi fotografi mempromosikan koleksi tudung terbaharu milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Rumah tangga Ira dan Syamsul dikatakan tiada persefahaman.






