PERKONGSIAN foto pelawak Shuib Sepahtu bersama isterinya iaitu Watie Hanifiah ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib atau Shamira Muhamamad, 40, dilihat memuat naik beberapa keping foto memaparkan aksi mesra bersama Watie di Jabal Rahman.
Apa yang menarik perhatian, ‘pose’ yang dilakukan pasangan itu saling tak tumpah dengan gambar yang pernah dirakam Shuib bersama Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin di lokasi yang sama.

Shuib menjelaskan Jabal Rahmah menjadi bukti kisah percintaannya.





