Hiburan

Scha Alyahya rasa tak layak bergelar selebriti, arwah ibu rupanya hantar penyertaan masuk Dewi Remaja

HAMPIR dua dekad bergelar anak seni, rupanya Allahyarham ibu pelakon dan pengacara Scha Alyahya merupakan individu bertanggungjawab pencetus perjalanan kariernya dalam bidang seni.

Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, ibunya iaitu Allahyarham Junainah Hashim yang menghantar borang penyertaan untuk aktres itu bertanding menerusi program Dewi Remaja 2005/2006.

Bersyukur menjadi juara pertandingan berkenaan, Scha sendiri tidak sangka mampu bertahan lama dalam industri seni selepas meninggalkan karier sebagai pramugari.

Scha berjaya atas berkat doa arwah ibu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%