Hiburan

“Saya tidak akan sebar aib sesiapa,“ – Zizan Razak ulas trend dedah aib di media sosial

PELAKON dan pelawak Zizan Razak menegur trend segelintir netizen yang gemar mendedahkan atau membuka aib individu lain secara terbuka di platform media sosial.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata, dia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip untuk tidak mencampuri urusan orang lain apatah lagi menyebarkan keburukan mereka kerana percaya kepada balasan Tuhan.

“Kita mungkin boleh buka aib orang, tetapi kena ingat, sekali Allah buka aib kita, memang tak ada jalan pulang. Saya minta dijauhkan daripada perkara-perkara begitu. Bagi saya, semuanya berbalik kepada didikan keluarga masing-masing.

Zizan harap dirinya dijauhkan daripada perkara-perkara negatif.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh