PELAKON dan pengarah Liyana Jasmay meremang bulu roma apabila menerima mesej daripada seorang penonton yang mendakwa terlihat sesuatu yang aneh ketika menonton filem Pemuja Syaitan di pawagam.
Menurut Liyana, dia menerima mesej peribadi (DM) daripada penonton berkenaan yang mengakui ternampak cahaya keluar dari dada watak pelakon dalam salah satu babak filem berkenaan.
Lebih mengejutkan, mesej itu diterima ketika dia dalam perjalanan pulang selepas membuat kejutan kepada penonton di GSC Mid Valley pada Jumaat.

Perkongsian Liyana mengenai kisah aneh yang diterimanya.







