PENYANYI Nizam Laksamana menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Roy Ratnaku susulan dakwaan dia menghalau artis itu daripada membuat persembahan dalam ‘howcase Jiwarasa Nizam Laksamana dan Kawan-Kawan 5.0’ pada Sabtu lalu.
Nizam atau Mohd Nozam Pechok, 59, berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa isu berkenaan ke muka pengadilan sekiranya Roy enggan membersihkan semula namanya yang tercalar susulan fitnah tersebut.
"Apa yang saya mahu ialah Roy membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media sosial miliknya dengan ikhlas tanpa rasa ego. Sekiranya beliau akur, saya sedia memaafkan.







