PENYANYI Zubir Khan tampil menjelaskan kontroversi sesi fotografi praperkahwinan bersama tunang, Heama Maleni Balasubramaniam, yang mengundang pelbagai kecaman di media sosial.
Mengakui kesilapan yang dilakukan, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, berkata dia menerima teguran orang ramai berhubung video tersebut yang memaparkan mereka bersentuhan.
“Saya tahu hantaran mengenai video pre-wedding itu salah kerana kami bersentuhan tangan. Saya terima kesalahan saya, tapi bab tudung dan ajaran agama jangan risau. Doakan yang baik-baik,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.

Zubir berlapang dada dengan teguran peminat.






