TULAR satu video memaparkan pelakon Zahiril Adzim kononnya menjalani rawatan mengecilkan hidung di sebuah klinik kecantikan sehingga mengundang perhatian ramai.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, menjelaskan dia sedia maklum rakaman tersebut akan dimuat naik klinik tersebut selain tiada apa yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Antara proses yang dikongsi dalam rakaman tular.
"Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka akan muat naik dan saya tiada nak rahsiakan apa-apa.






