BERHARAP diberikan tawaran lakonan, pelakon Faye Kusairi berkata dia terbuka dan sentiasa menantikan peluang untuk kembali ke set penggambaran.
Kata Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, sepanjang aktif bergelar anak seni, dia merupakan seorang pelakon yang berdisiplin dan memegang rekod baik.
"Selagi aku tak merajuk, tolong hire aku untuk watak dan naskah yang baik. Saya tak pernah lambat dan selalu tepat masanya," katanya menerusi hantaran di Thread.
Faye mahu berlakon lagi.






