PENYANYI Fiza Thomas mendedahkan pelakon Aliff Aziz pernah berkongsi mengenai komen netizen yang tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai pemegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu.
Fiza atau Nur Hafizah Longkip Thomas, 33, berkata terdapat segelintir netizen menyuarakan hasrat untuk memboikot Aliff susulan pemilihannya membawakan watak berkenaan.
Kata Fiza, Aliff tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan yang diterimanya, malah menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dilayan.

Fiza menasihati Aliff untuk tidak mengendahkan komen negatif.





