PELAKON Abby Abadi tampil mempertahankan diri susulan kontroversi rumah tangga melibatkan anaknya, Marissa Dania dan Ahmad Aslam yang turut mengheret namanya serta isteri pertama lelaki itu, Umisya Mazlan.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh atau memetik nama Umisya.
Menurutnya, sejak awal lagi dia juga tidak pernah merestui hubungan tersebut kerana menyedari kedudukan anaknya sebagai orang ketiga, malah sudah berusaha menasihati namun tidak berjaya.

Luahan hati Abby mengenai keadaan anaknya.






