Hiburan

“Saya penat untuk terus berkarya” – Ernie Zakri luah rasa kecewa, kerja keras dipandang rendah

PENYANYI Ernie Zakri mengakui ada ketikanya dia berasa penat untuk terus berkarya apabila segala usaha yang dicurahkan masih dianggap belum cukup oleh sesetengah pihak.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata perasaan itu timbul bukan kerana dia sudah kehabisan idea atau tidak mampu memberikan yang terbaik, sebaliknya kecewa apabila pencapaian dan hasil kerja kerasnya mudah dipandang kecil hanya berdasarkan apa yang dilihat orang luar.

“Kadang-kadang, saya penat untuk terus berkarya. Bukan kerana saya sudah tiada apa-apa untuk diberikan, tetapi kerana walau sebanyak mana pun saya curahkan dalam karya saya, akan sentiasa ada yang merasakan ia masih belum cukup.

Luahan Ernie yang dimuat naik di Threads miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh