TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Sejambak Bunga, penyanyi Ernie Zakri memberitahu ia juga menjadi lambang permulaan satu era berbeza dalam perjalanan seninya.
Menurut Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, kemunculan karya ini juga menunjukkan kematangan dari sudut pemilihan muzik dan penampilan di atas pentas.
“Era baharu bermaksud segala-galanya. Sebelum ini peminat sudah mendengar album Aura dan melihat imej yang lebih lembut. Tetapi sekarang menampilkan Ernie Zakri yang lebih matang dari sudut muzik dan mengetengahkan aura berbeza.

Ernie turut membawa gaya berbeza dalam penampilan.





