PELAKON Reen Rahim mengakui komunikasi dan kawalan emosi menjadi kunci utama keharmonian rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Menurut Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, mereka menetapkan satu peraturan iaitu mengelakkan perbincangan ketika emosi sedang memuncak kerana percaya situasi itu hanya akan memburukkan keadaan.
"Dalam rumah tangga, kami ada satu peraturan iaitu kalau tengah emosi jangan berbincang. Sebab kalau dua-dua beremosi memang takkan jumpa jalan penyelesaian.

Reen elak berbincang dengan suami jika kedua-duanya sedang berada dalam fasa beremosi.






