BEKAS isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegaskan tindakannya berkongsi tentang tuntutan bayaran yuran pendaftaran tahunan taska anak mereka bukanlah untuk mengeruhkan keadaan atau memburukkan mana-mana pihak.
Sebaliknya, Fara, 34, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana memerlukan wang tersebut dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pendaftaran sesi baharu taska anak mereka, Elaine Nada.
“Saya kongsi di media sosial sebab nak lakukan pendaftaran segera. Sebelum ini saya yang tanggung perbelanjaan anak, cuma kali ini saya minta dia untuk bayar. Anak dah nak masuk dua tahun, jadi banyak keperluan.

Fara mahu segerakan proses pendaftaran sesi baharu taska anaknya.






