PELAKON Mila Mohsin berharap penonton dapat menerima interpretasi baharunya terhadap watak ikonik Gusti Puteri menjelang pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical nanti.
Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menggantikan legasi ibunya, Puan Seri Tiara Jacquelina yang sebelum ini pernah menghidupkan watak berkenaan.
"Saya harap semua orang mempunyai hati dan minda yang terbuka serta menerima cara saya dan versi Puteri saya.







