DIPERSOAL netizen kerana keluar bekerja ketika masih dalam idah, penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia bukan sengaja melanggar tempoh berkenaan.
Sebaliknya kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia perlu keluar bekerja bagi menyara empat orang anaknya.
“Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Adira tidak menuntut sebarang nafkah idah atau mutaah daripada bekas suaminya, Datuk Red.