PENGARAH filem Tarung: Unforgiven iaitu Razaisyam Rashid memuji komitmen pelakon Mierul Aiman sepanjang menjayakan watak Hatta dalam filem berkenaan.
Menurutnya, Mierul sangat menitikberatkan kualiti lakonan sehingga sanggup mengulang semula sesuatu babak jika dia tidak berpuas hati dengan emosi yang dipersembahkan.
"Ramai orang puji lakonan Mierul Aiman, tapi sebenarnya di set penggambaran dia memang sangat menjaga kualiti lakonan.

Mierul memegang watak Hatta dengan baik.





