ANGGOTA kumpulan Twice iaitu Sana berdepan detik kurang menyenangkan apabila busana yang dipakainya ketika menghadiri sebuah acara dilaporkan sedikit terbuka secara tidak sengaja hingga mencuri perhatian ramai.
Ketika kejadian, Sana tampil anggun mengenakan gaun bunga tanpa bahu (floral tube dress) ketika sesi bergambar di acara berkenaan.
Bagaimanapun, bahagian hadapan pakaian tersebut didakwa terbuka sedikit tanpa disedari, sekali gus menampakkan pakaian dalam yang dipakai.

Sana bersama anggota Twice di sebuah acara.





