MENJANGKAU usia 17 tahun siaran, stesen radio Suria FM terus menjadi antara pilihan rakyat Malaysia.
Peningkatan jumlah pendengar dalam setiap segmen menerusi kaji selidik terkini GfK Pengukuran Pendengar Radio juga memberikan gambaran perjuangan Suria FM untuk kekal relevan benar-benar berhasil.
Menurut Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, sambutan ulang tahun kali ini juga merupakan penghargaan buat mereka yang banyak memberikan sokongan dalam perkembangan stesen berkenaan.







