TIDAK berputus asa untuk memiliki cahaya mata, pelakon Janna Nick terus berdoa dikurniakan rezeki zuriat sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada 1 Jun lalu.
Permintaan itu diluahkan oleh Janna atau Nurul Jannah Muner ketika meraikannya hari kelahirannya bersama suami, Dini Schatzmann di sebuah restoran.
“Saya sayang awak, saya nak anak. Belum berhenti berharap,” katanya sambil meniup lilin hari jadi pada sebuah kek.
Ramai rakan artis yang mendoakan Janna dan Dini segera dikurniakan cahaya mata.