AKTIVIS dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi perkembangan kesihatannya selepas didiagnosis mempunyai sista atau cyst dalam tubuh.
Menurut Farah atau Farahin Romli, 33, walaupun cyst yang dialaminya semakin membesar, ia tidak membahayakan kesihatannya.
Malah, jelas Farah, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada misi-misi kemanusiaan terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan yang dijangka dilakukan selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Farah mahu fokus misi kemanusiaan sebelum lakukan pembedahan buang cyst.





