BEBERAPA bulan tidak aktif di media sosial, pelakon Sharifah Sakinah seronok dengan keputusan diambil demi kebahagiaan diri sendiri.
Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 39, berkata, akaun media sosialnya kini diuruskan oleh kakaknyasekiranya memerlukan dia memuat naik sebarang perkara berkaitan kerja.
“Saya sudah lama tak buka media sosial, beberapa bulan juga dan itu buatkan saya seronok.

Sakinah tak mahu kehidupan peribadi jadi tatapan umum.





