PELAKON Safwan Nazri meluahkan kekesalan apabila kerugian sebanyak RM400,000 selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang kontraktor yang juga merupakan rakan sendiri.
Kata Safwan, 32, tindakan rakannya itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah proses untuk menyiapkan rumahnya itu memakan masa terlalu lama sebelum individu terbabit bertindak melarikan diri.
“Ada orang ini menipu saya. Yang lagi biadab apabila dia ialah kawan saya sendiri yang ‘scam’. Duit saya habis sebanyak RM400,000 dekat dia.

Safwan menunjukkan bahagian rumah yang belum siap.






