PERSONALITI media sosial Ryzal Ibrahim sekali lagi ditegur netizen susulan tindakannya yang didakwa kurang sensitif terhadap kitab suci al-Quran apabila meletakannya di atas sejadah.
Mahu jernihkan keadaan, Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 33, tampil memohon maaf atas tindakan yang tidak disengajakan ketika dia bersama anak sulungnya iaitu Rina.
“Pertama sekali saya mohon maaf atas kekhilafan dalam video itu. Semua nampak Ryzal memang tak sengaja letak Quran atas sejadah sebab kelam kabut rehal patah.
Ryzal akur dengan kekhilafan diri.