USAHAWAN dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, berkongsi pandangan mengenai isu cinta berbeza agama, khususnya berkaitan perasaan, kepercayaan dan batas dalam sesebuah hubungan.
Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 34, berkata hidayah merupakan hak mutlak Allah, manakala manusia hanya mampu berusaha, menunjukkan contoh yang baik dan menjaga akhlak.
Kata Ryzal, seseorang itu tidak seharusnya meletakkan harapan terlalu tinggi apabila menjalin hubungan atau persahabatan dengan individu yang berlainan agama.

Ryzal berkongsi pandangan tentang cinta beza agama.






