PERSONALITI media sosial, Ryan Bakery berkongsi khabar duka apabila isterinya, Elyia Ibrahim mengalami keguguran anak kedua pada Ahad lalu.
Ryan atau Ryan Fahmi Bakery, 31, berkata mereka pada awalnya menerima berita gembira mengenai kehamilan Elyia pada pagi Syawal.
Namun, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila isterinya mengalami pendarahan ketika pulang ke kampung halaman di Pahang.

Ryan (kiri) dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.






