USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri menjadi bualan hangat netizen selepas tular perkongsian membeli semua ‘seat’ pawagam untuk menonton filem kerana dirinya seorang introvert.
Mengakui ia hanya gurauan semata-mata, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, menjelaskan dia dan suami iaitu Muhammad Azri tidak membeli semua tiket, sebaliknya pawagam tersebut tiada penonton ketika tayangan filem berkenaan.
Malah, dia sendiri terkejut dan menyangka tersalah masuk ke bilik panggung kerana tiada penonton lain melainkan mereka berdua.







