MENDERITA masalah sakit tekak sejak dua tahun lalu, penyanyi Ara Johari dinasihatkan agar tidak terkena air hujan bagi memastikan vokalnya berada dalam keadaan baik.
Ara atau Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata, air hujan bukan sahaja menyebabkan dia mengalami demam dan selesema tetapi vokalnya akan terganggu sehingga sukar menyanyi.
“Suara saya belum pulih sepenuhnya dan mudah ‘hilang’ contohnya ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik dan konsert di Kuatan baru-baru ini.
Walaupun sakit, Ara sentiasa berikan terbaik dalam persembahannya.