Hiburan

Ruhainies mula bersuara, ‘perang’ komen dengan Sarah Yasmine

DEMI menjaga imej yang sudah lama tercalar, pelakon Ruhainies akhirnya nekad untuk tampil mempertahankan diri selepas menjadi sasaran kecaman dan tohmahan netizen susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan dia enggan lagi mengambil pendekatan berdiam diri, sebaliknya menuntut agar individu yang dikaitkan dengannya iaitu Sarah Yasmine tampil mendedahkan kebenaran.

“Awak memang menyakitkan hati saya. Demi menjaga reputasi saya yang sudah lama tercalar, saya rasa kali ini saya tak akan berdiam diri sehingga kamu semua bercakap benar,” katanya dalam satu hantaran balas di aplikasi Threads pada Sabtu.

Ruhainies enggan lagi berdiam diri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh