PEMINAT lebih cenderung meminta kumpulan Ruffedge menyanyikan lagu-lagu popular mereka setiap kali mengadakan persembahan walaupun mereka mempunyai karya baharu.
Salah seorang anggotanya iaitu Azzan Addin, 50, berkata, perkara itu sedikit sebanyak membantutkan usaha mereka tampil dengan karya baharu kerana bimbang ia tidak mendapat sambutan pendengar.
“Masalah sebagai pemuzik ini adalah kadang-kadang peminat meminta kita menyanyikan lagu yang sama sahaja. Kita sentiasa ada lagu baru tetapi peminat mahukan lagu-lagu lama juga.

Ruffedge bakal mengeluarkan album baharu.






