PENYANYI Datuk Seri Rossa tidak melihat aksi berpegangan tangan dan pinggangnya dirangkul bintang Korea Selatan iaitu Jackson Wang ketika membuat persembahan menerusi program Indonesian Idol baru-baru ini sebagai berlebihan.
Sebaliknya Rossa atau Sri Rossa Rosliana Handayani, 47, berkata, persembahan mereka pada malam tersebut hanya sekadar menghayati ketika menyampaikan lagu Tegar.
“Apa dipersembahkan di atas pentas hanyalah lakonan sahaja, ibaratnya sedang berlakon dalam sebuah filem. Gaya dan tarian dibuat mengikut rentak muzik.

Aksi persembahan Rossa dan Jackson mendapat pelbagai reaksi netizen.






