PEMERGIAN seorang insan bergelar bapa meninggalkan kesan cukup besar dalam hidup penyanyi Cakra Khan.
Semasa Konsert Dream Collaboration Vol. 4 Cakra Khan yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad, penyanyi berkenaan sempat mendedikasikan sebuah lagu berjudul Monster nyanyian James Blunt kepada Allahyarham bapanya iaitu Hermana.
Kata Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 31, lagu tersebut mengingatkan tentang kisah seorang ayah yang sering kali menunjukkan rasa sayang dengan cara berbeza.







