Hiburan

Rossa kali pertama kendali podcast, anggap ‘me time’ bersama Nora Danish dan Natasha Ozeir

BUAT kali pertama dalam kerjayanya, penyanyi Datuk Seri Rossa bersetuju mengendalikan sebuah podcast berjudul Habis Cerita bersama dua sahabat baiknya iaitu pelakon Nora Danish dan usahawan Natasha Ozeir.

Rossa, 48, berkata idea tersebut tercetus secara spontan ketika mereka bercuti bersama di Bali, Indonesia, malah ini juga merupakan pengalaman pertama buatnya sebagai hos dan bukan tetamu podcast.

Menurut Rossa, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana sememangnya gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan selain selesa berkongsi cerita dan pengalaman hidup.

Persahabatan Rossa (tengah) bersama Nora (kiri) dan Natasha sudah 20 tahun.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh