PENGERUSI Jawatankuasa Penganjur Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Rosmin Hashim menegaskan proses penjurian bagi setiap kategori dilakukan secara telus tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Penjelasan itu susulan persoalan yang timbul mengenai pelantikan komposer dan penyanyi Ajai sebagai ketua juri, menerusi lagu ciptaannya, Diari Air Mata nyanyian Aisha Retno turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Menurut Rosmin, setiap kategori mempunyai kriteria penilaian berbeza termasuk aspek melodi, lirik, vokal dan beberapa elemen lain yang ditetapkan mengikut kesesuaian.







