Hiburan

Roslan Shah anggap jaga bapa tiri ‘saham akhirat’, tak sanggup hantar rumah jagaan

TANGGUNGJAWAB menjaga orang tua bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila perlu dilakukan dalam keadaan jadual kerja yang padat dan tidak menentu.

Namun bagi pelakon, penyanyi dan pengacara Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan, keutamaan hidupnya tetap kepada keluarga terutama menjaga bapa tirinya, Muhammad Norani Muhammad Esa, 72, yang kini memerlukan perhatian sepenuh masa.

Menurut Cik Lan, rutin hariannya bermula dengan menguruskan keperluan bapa tirinya, termasuk memandikan, menyediakan makanan, memberi ubat serta menyuntik insulin di bahagian perut sebanyak dua kali sehari.

Walau padat dengan rakaman lagu raya dan program televisyen, Cik Lan tetap setia menguruskan bapa tiri setiap hari.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh