PELAWAK Ropie dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Berkongsi perkara tersebut, rakan artisnya iaitu pelakon Zalif Sidek memberitahu situasi bertukar cemas apabila Ropie rebah di lokasi berkenaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Ropie dikatakan pengsan akibat cuaca panas.

Keadaan Ropie dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.





