KUMPULAN indie dari Indonesia, Romantic Echoes bakal mengadakan persembahan solo pertama di Malaysia pada 6 Februari ini.
Konsert bertajuk "Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia" dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Lebih menarik kumpulan tempatan yang semakin meningkat naik, Midnight Fusic bakal tampil sebagai artis jemputan sekali gus menambahkan lagi keseronokan peminat muzik indie di Malaysia dan serantau.

Romantic Echoes bakal adakan konsert di Zepp KL.





