BUKAN bersikap berlagak, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menolak undangan menyanyi di sebuah konsert di Pulau Pinang selepas bayaran ditawarkan tidak masuk akal.
Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, sekiranya terdapat mana-mana penganjur persembahan mahu mengundangnya menyanyi, harga dikenakan adalah serendah RM15,000.
“Dengan nama Allah saya ada dapat tawaran jadi penyanyi undangan untuk sebuah konsert di Pulau Pinang bulan lepas.
Aliff letak harga RM15,000 minimum untuk panggil dia menyanyi.