PELAKON Rita Rudaini sanggup turun padang bagi memberi sokongan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh pelajar Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar (MRSM Sungai Besar) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad.
Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata walaupun terpaksa meredah hujan ketika program berlangsung, dia tetap bersemangat untuk bersama para pelajar yang terlibat dalam aktiviti kebajikan itu.
“Walaupun terpaksa meredah hujan rahmat, saya tetap bersama anak-anak Ulul Albab ini mengagihkan makanan untuk berbuka dan bersahur di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman) .

Rita (kiri) turun padang untuk menyertai program CSR di Dataran Merdeka.






